Rekonstruksi dalaman dialek Baling purba

(Internal reconstruction of proto Baling)

Authors

  • Muhammad Khairulanwar Abd. Ghani
  • Mohd Tarmizi Hasrah

DOI:

https://doi.org/10.32890/rentas2024.3.10

Abstract

Kajian ini, dengan menerapkan tatakaedah rekonstruksi dalaman, merupakan satu usaha untuk membina bentuk hipotetikal dialek purba yang diandaikan wujud pada suatu masa dahulu di salah satu kawasan terpencil di Semenanjung Tanah Melayu. Dialek purba yang dimaksudkan diistilahkan dalam kajian ini sebagai dialek Baling purba (DBP). Bagi mengoperasikan tatakaedah rekonstruksi dalaman, datanya dikumpul di lapan buah kampung sekitar Baling, Kedah. Kesemua kampung yang dikunjungi itu mewakili lapan varian dialek Melayu Baling (DMB). Hasil rekonstruksi menunjukkan DBP mempunyai 4 fonem vokal iaitu **i, **u, **ə, **a dan 18 konsonan iaitu **b, **d, **g, **p, **t, **k, **m, **n, **ŋ, **ɲ, **ɣ, **s, **h, *c, **j, **l, **w dan **j. Dari satu segi, jumlah fonem DBP sejajar dengan fonem bahasa Malayik purba (MP) dan dialek-dialek turunannya. Dari segi yang lain, kewujudan fonem **ɣ menunjukkan kemandiran DBP, maka dialek purba ini terpisah daripada dialek-dialek Melayu cabang semenanjung utara. Natijah dapatan ini ialah kemandirian DBP memerlukannya untuk dikelaskan dalam pengelompokan yang baru.

Author Biography

  • Mohd Tarmizi Hasrah

    Jabatan Bahasa Melayu Kontemporari Lecturer

Downloads

Published

16-07-2024

How to Cite

Rekonstruksi dalaman dialek Baling purba: (Internal reconstruction of proto Baling). (2024). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 3(1), 217-241. https://doi.org/10.32890/rentas2024.3.10