Masalah teknologi dan isu sosial berkaitan penggunaan ChatGPT dalam bahasa Melayu

(Technological and social issues related to using ChatGPT in Malay)

Authors

  • Hiroki Nomoto
  • David Moeljadi
  • Farhan Athirah Abdul Razak

DOI:

https://doi.org/10.32890/rentas2024.3.1

Abstract

Kajian ini menganalisis masalah yang dihadapi oleh ChatGPT apabila seseorang menggunakannya dalam bahasa yang serupa, dengan menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai contoh, yakni: ChatGPT sering menjana respons kepada prom bahasa Melayu (bahasa yang memiliki bilangan penutur yang sedikit) dalam bahasa Indonesia (bahasa yang mempunyai jumlah penutur yang lebih ramai). Pemerhatian terhadap keupayaan identifikasi bahasa (LangID) ChatGPT dibuat untuk mengenal pasti punca timbulnya masalah pemilihan bahasa tersebut, sama ada diakibatkan oleh ralat LangID ataupun sebab selainnya. Hasil pemerhatian mendapati ralat LangID tidak dapat menjelaskan keparahan masalah tersebut. Berdasarkan perbandingan pola respons kepada prom bahasa Melayu dan prom bahasa Jawa, kajian ini menyimpulkan bahawa sebab utama berlaku masalah tersebut adalah kerana ChatGPT tidak menganggap bahasa Melayu dan bahasa Indonesia secara sama rata sebagai bahasa yang berlainan. ChatGPT sebaliknya menganggap bahasa Melayu adalah ragam tidak standard kepada bahasa Indonesia. Selain itu, kajian ini juga membincangkan isu sosial yang ditimbulkan oleh masalah pemilihan bahasa dan cara penyelesaian yang wajar dipertimbangkan bagi mengatasinya.

Downloads

Published

16-07-2024

How to Cite

Masalah teknologi dan isu sosial berkaitan penggunaan ChatGPT dalam bahasa Melayu: (Technological and social issues related to using ChatGPT in Malay). (2024). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 3(1), 1-23. https://doi.org/10.32890/rentas2024.3.1