Akal budi dalam sempama jaku Iban (peribahasa) berimejkan mamalia berdasarkan perspektif semantik inkuisitif

(Wisdom of mammalian symbolism in sempama jaku Iban (proverbs): An inquisitive semantic analysis)

Authors

  • Rynna Sha’erra Mindew Douglas
  • Mary Fatimah Subet
  • Muhammad Zaid Daud

DOI:

https://doi.org/10.32890/rentas2024.3.5

Abstract

Peribahasa telah digunakan oleh masyarakat Iban untuk menyampaikan nilai-nilai (positif dan negatif), ajaran (nasihat dan petunjuk), kearifan tempatan, dan pengalaman hidup. Masyarakat Iban juga menggunakan imej perlambangan di sekitar mereka untuk menonjolkan hubungan antara sikap manusia atau situasi kehidupan. Contohnya,  imej perlambangan haiwan (mamalia). Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis peribahasa Iban yang menggunakan imej perlambangan haiwan (mamalia) berpandukan pendekatan semantik inkuisitif (Nor Hashimah Jalaluddin, 2014). Data kajian pula diperoleh daripada Bup Sempama Iban yang ditulis oleh Casper Kayong Umping (2011). Hasil kajian mendapati bahawa, penciptaan peribahasa yang melibatkan imej perlambangan (mamalia) dalam masyarakat Iban terbahagi kepada dua, iaitu: (1)  hidupan lautan, seperti  ‘ikan iyu’, serta (2) hidupan daratan, seperti ‘mayau’, ‘tupai’, ‘ukui’, ‘jugam’, ‘kera’, ‘kijang’,  dan ‘empeliau’. Rumusannya, keterlibatan imej perlambangan (mamalia) dalam peribahasa dapat mencerminkan pandangan masyarakat Iban terhadap alam dan haiwan sebagai sumber inspirasi. Masyarakat Iban juga memberikan penekanan pada nilai-nilai seperti kejujuran, ketelitian, disiplin, dan tindakan nyata dalam usaha mencapai tujuan hidup melalui penciptaan peribahasa berimejkan mamalia.

Author Biography

  • Mary Fatimah Subet

    Institute of Creative Arts and Technology (iCreaTe), Universiti Malaysia Sarawak

Downloads

Published

16-07-2024

How to Cite

Akal budi dalam sempama jaku Iban (peribahasa) berimejkan mamalia berdasarkan perspektif semantik inkuisitif: (Wisdom of mammalian symbolism in sempama jaku Iban (proverbs): An inquisitive semantic analysis). (2024). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 3(1), 97-120. https://doi.org/10.32890/rentas2024.3.5