Gaya penulisan singkatan dan akronim dalam majalah Cahaya Chandaraca Kopassus Indonesia: Analisis fungsi dan makna

(Writing style of abbreviations and acronyms in Cahaya Chandaraca Kopassus Indonesia magazine: An analysis of function and meaning)

Authors

  • Fitri Anekawati
  • Agus Hari Wibowo

DOI:

https://doi.org/10.32890/rentas2024.3.9

Abstract

Makalah ini berhasrat untuk membandingkan cara dua orang wartawan majalah Special Force Indonesia menggunakan singkatan dan akronim dalam penulisan mereka. Wartawan sering berhadapan dengan masalah perbezaan teknikal dalam penggunaan singkatan dan akronim.  Kajian menunjukkan bahawa akronim mempunyai fungsi untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak pembaca, manakala singkatan digunakan untuk mengekalkan identiti.  Pihak  wartawan bertanggungjawab untuk memberikan penerangan yang tepat memandangkan majalah bermatlamat untuk membekalkan maklumat kepada khalayak pembaca umum. Makalah ini meneliti penggunaan singkatan dan akronim yang terdapat dalam majalah Cahaya Chandaraca Kopassus yang diterbitkan pada tahun 2005. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif dan menggunakan data daripada majalah Kopassus terbitan 2005. Pengkaji menganalisis dua topik yang dikupas dalam majalah ini, khususnya topik Tandem Master dan topik Penugasan Misi PBB. Kedua-dua topik ini berhasrat untuk memberikan maklumat kepada khalayak pembaca umum, terutamanya dalam bidang penulisan media. Kajian ini juga berusaha untuk mengenal pasti fungsi singkatan dan akronim yang digunakan oleh kedua-dua orang wartawan.

Downloads

Published

16-07-2024

How to Cite

Gaya penulisan singkatan dan akronim dalam majalah Cahaya Chandaraca Kopassus Indonesia: Analisis fungsi dan makna: (Writing style of abbreviations and acronyms in Cahaya Chandaraca Kopassus Indonesia magazine: An analysis of function and meaning). (2024). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 3(1), 197-216. https://doi.org/10.32890/rentas2024.3.9