Faktor Penentu Prestasi Pelajar Matrikulasi dalam Subjek Perakaunan
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan prestasi pelajar dalam subjek perakaunan di peringkat matrikulasi. Berdasarkan 450 soal selidik yang dikeluarkan, analisis kajian ke atas 393 sampel yang boleh digunakan menunjukkan purata gred pelajar secara keseluruhannya berada dalam lingkungan C. Penemuan kajian dengan menggunakan kaedah “stepwise†regresi berkali, menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara markah perakaunan pengurusan dengan purata mata gred keseluruhan dan pencapaian bagi subjek perakaunan kewangan yang diambil oleh pelajar dalam semester sebelumnya. Di samping itu, sikap, jangkaan tahap motivasi dan jangkaan markah menunjukkan hubungan yang signifikan dengan prestasi pelajar. Bagaimanapun, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pelajar yang tidak mempunyai pendedahan awal dalam subjek perakaunan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan mereka yang mempunyai pendedahan awal dalam subjek perakaunan.
Fail Tambahan
Diterbitkan
08080808-Januari01-3030
Terbitan
Bahagian
Articles
Cara Memetik
Faktor Penentu Prestasi Pelajar Matrikulasi dalam Subjek Perakaunan. (2008). Malaysian Journal of Learning and Instruction, 5, 99-115. https://www.educationmalaysia.co.uk/index.php/mjli/article/view/7599
