E-KERAJAAN: TINJAUAN DAN PERLAKSANAANYA DI MALAYSIA

Authors

  • Rohana Husin
  • Rohaizah Saad
  • Zakirah Othman

DOI:

https://doi.org/10.32890/jtom2017.12.2.2

Abstract

Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan faktor pendorong ke arah matlamat wawasan 2020. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) untuk pencapaian jangkamasa panjang (1996-2020) demi merangsang pertumbuhan ICT di Malaysia. e-Kerajaan merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana MSC yang dilancar bagi menyokong operasi dan penyampaian maklumat kerajaan. Kajian ini meninjau dasar perlaksanaan dan tahap pencapaian e-Kerajaan seterusnya menerangkan aplikasi dan inisiatif e-Kerajaan di Malaysia. Perlaksanaan e-Kerajaan juga telah memberi kesan secara langsung terhadap pembangunan dan pentadbiran kerajaan. Namun begitu, e-Kerajaan di Malaysia masih lagi dalam fasa pembangunan yang memerlukan sokongan daripada pihak atasan dan juga rakyat.

Downloads

Published

28-12-2017

How to Cite

E-KERAJAAN: TINJAUAN DAN PERLAKSANAANYA DI MALAYSIA. (2017). Journal of Technology and Operations Management, 12(2), 7-14. https://doi.org/10.32890/jtom2017.12.2.2

Most read articles by the same author(s)