APLIKASI TEKNOLOGI KELESTARIAN (HYBRID) PADA PENGANGKUTAN AWAM (BAS) DI BANDAR SATU PENDEKATAN DISKRIPTIF
Abstract
Perubahan iklim cuaca dunia yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar telah memberikan impak kepada dunia pengangkutan termasuklah pengangkutan awam. Pengangkutan awam yang menjadi nadi pengangkutan terutamanya di kawasan bandar kini diberikan fokus kerana menjadi salah satu penyumbang kepada pembebasan gas Karbon Monoksida. Oleh yang demikian wujud tekanan supaya kenderaan awam untuk menggunakan kenderaan yang berteknologi hijau sama ada Hybrid, elektrik dan juga gas. Penggunaan kenderaan awam yang berteknologi hijau masih lagi pada peringkat yang baru dan tahap penerimaan pengguna masih lagi berada pada tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat tahap kesedaran pengguna mengenai kenderaan awam yang berteknologi hijau dan juga melihat tahap penerimaan oleh penggunaan. Selain daripada itu, kajian ini juga akan melihat factor-faktor yang menyumbang kepada penerimaan pengguna untuk menggunakan kenderaan awam yang menggunakan teknologi hijau serta melihat kos dan faedah terhadap pengguna. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana data diperoleh daripada soalan kaji selidik yang telah disediakan. Hasil dapatan menunjukkan tahap kesedaran pengguna mengenai kenderaan berteknologi hijau adalah sangat baik namun begitu terdapat kadar pemilikan kenderaan berteknologi hijau masih lagi berada pada tahap yang rendah. Kos juga dilihat menjadi salah satu faktor yang penting kerana kebanyakan responden masih lagi menganggap kos untuk menggunakan kenderaan awam masih lagi berada pada tahap yang agak tinggi dan mereka menjangkakan kenaikan kos akan lebih meningkat jika pengusaha menggunakan kenderaan yang menggunakan teknologi hijau. Batasan utama kajian ini adalah kawasan kajian yang tidak menyeluruh kerana kajian ini hanya tertumpu hanya di beberapa bandar utama sahaja di Malaysia. Penyelidikan akan datang perlu menggunakan jumlah responden yang lebih besar dan juga kawasan kajian yang lebih meluas bagi meningkatkan tahap generalisasi hasil penyelidikan.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Disclaimer
The Journal of Technology and Operation Management (JTOM) has taken all reasonable measures to ensure that material contained in this website is the original work of the author(s). However, the Journal gives no warranty and accepts no responsibility for the accuracy or the completeness of the material; no reliance should be made by any user on the material. The user should check with the authors for confirmation. Articles published in the Journal of Technology and Operation Management (JTOM) do not represent the views held by the editors and members of the editorial board. Authors are responsible for all aspects of their articles except the editorial screen design.