Keupayaan Teori dan Pelaksanaan Pentaksiran dalam Pembelajaran

Pengarang

  • Arsaythamby Veloo

Abstrak

Kertas konsep ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek ujian dari segi teori ujian, penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran, hubungan objektif pengajaran dan penilaian dan jenis-jenis ujian. Teori ujian menemukan bagaimana teori ini dikaitkan dengan konsep-konsep ujian seperti maksud ujian, pengukuran dan penilaian itu sendiri. Teori ujian juga dikaitkan dengan bidang psikologi dan pendidikan. Di samping itu penilaian juga digunakan untuk mengetahui keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan pelajar di sekolah. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan maka hubungan antara objektif, pengajaran dan pembelajaran dan penilaian adalah penting dan ketiga-tiga aspek ini mempunyai hubungan yang saling berkaitan antara satu sama lain. Kertas ini juga membincangkan jenis-jenis ujian dalam pendidikan berdasarkan ujian objektif dan subjektif yang kerapkali dikendalikan di sekolah.

Fail Tambahan

Diterbitkan

11111111-Disember12-3131

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Keupayaan Teori dan Pelaksanaan Pentaksiran dalam Pembelajaran. (2011). Journal of Governance and Development (JGD), 7, 8-15. https://www.educationmalaysia.co.uk/index.php/jgd/article/view/14046