Prinsip dan Model Negara Islam: Definisi dan Aplikasinya di Malaysia
Abstract
Negara atau aldawlah di sisi para fuqaha’ terbahagi kepada tiga kategori iaitu aldawlah alIslÄmiyah, al%awlah al&arbiyyah atau alKuffar dan al%awlah al'Adiyyah. Pada masa yang sama, mereka saling berbeza pendapat dalam menentukan sesebuah negara itu adakah ia sebuah negara Islam atau selainnya. Oleh yang demikian, kajian ini akan menganalisa setiap pandangan fuqaha dalam penakrifan sesebuah negara itu sama ada sebuah negara Islam, kafir ataupun sebuah negara al'Adiyyah. Kajian ini turut membahaskan beberapa topik seperti ciri'iri ketigatiga negara tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunakan bentuk penyelidikan perpustakaan yang melibatkan metod pengumpulan data dari berbagai dokumen dan fakta pensejarahan. Datadata yang diperolehi dianalisis berdasarkan perbandingan, terutamanya melibatkan aspek aplikasi dalam pemerintahan di sesebuah negara khususnya negara Islam. Maka daripada kajian ini segala kecelaruan terhadap konsep dan prinsip sebuah negara Islam dapat diselesaikan hasil dari pemurnian pandangan ulama.










