Paradigma Pemikiran Pengajian Islam Semasa: Analisis Pedagogi

Authors

  • Rahimin Affandi Abd Rahim
  • Paizah Ismail
  • Shamsiah Mohamad
  • Nor Hayati Md Dahlal
  • Badriah Nordin

Abstract

Secara kasarnya, artikel ini cuba mengulas berkenaan paradigma pedagogi pemikiran pengajian Islam semasa yang merupakan satu keperluan penting pada zaman moden ini. Ianya merupakan satu proses pengembangan dan pembangunan tradisi keilmuan Islam yang lebih mantap dalam menghadapi dunia global semasa. Untuk tujuan itu, ianya dirangka khusus mengandungi beberapa bahagian yang saling berkaitan di antara satu sama lain, pertama; pengenalan, kedua; paradima pemikiran dan pedagogi pengajian islam semasa: analisis negatif, ketiga; paradigma dan pedagogi alternatif untuk pengajian islam, dalam bahagian ini akan terdapat dua pecahan topik iaitu Penyediaan Paradigma Pemikiran Asas Tajdid dan Penyediaan Pedagogi Pengajian Islam Yang Lebih Bersifat Mesra Globalisasi, iaitu (i) Rombakan Struktur Subjek, (ii) Pedagogi Baru Pengajaran IPTA Islam, (iii) Penilaian, dan (iv) Kesimpulan.

Additional Files

Published

31-12-2008

Issue

Section

Articles

How to Cite

Paradigma Pemikiran Pengajian Islam Semasa: Analisis Pedagogi. (2008). Journal of Governance and Development (JGD), 4, 13-34. https://www.educationmalaysia.co.uk/index.php/jgd/article/view/14024