CABARAN SEMASA USAHAWAN DALAM PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DI NEGERI PERLIS

Pengarang

  • Muhammad Haziq Hassan
  • Mundzir Zamri
  • Arif Fadilah

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijib2023.8.2.5

Abstrak

Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal antarabangsa. Oleh itu, pelbagai penetapan piawaian, prosedur dan inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu pihak industri mematuhi garis panduan halal secara menyeluruh. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk merungkai permasalahan yang dihadapi oleh para usahawan di negeri Perlis dalam permohonan
pensijilan halal Malaysia. Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kaedah analisa kandungan melalui data hasil dapatan temubual bersama pegawai di Bahagian Penyelidikan dan Hub Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, JAIPs sebagai badan berautoriti utama dalam pengurusan halal negeri Perlis. Kajian ini menyimpulkan bahawa pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh pihak
berautoriti untuk menjaga kredibiliti pensijilan halal Malaysia tetapi, usaha pengawalan perlu dilaksanakan diperingkat dalaman syarikat pemegang pensijilan halal Malaysia. Justeru itu, segala isu cabaran yang diketengahkan dalam kajian ini dapat memberi panduan kepada para usahawan untuk menghadapi cabaran semasa memohon dan memelihara pensijilan halal Malaysia.

Muat turun

Diterbitkan

23232323-Disember12-3131

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

CABARAN SEMASA USAHAWAN DALAM PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DI NEGERI PERLIS. (2023). International Journal of Islamic Business, 8(2), 58-70. https://doi.org/10.32890/ijib2023.8.2.5

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama