PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN STEM BERINTEGRASIKAN BYOD (BRING YOUR OWN DEVICE) UNTUK PENDIDIKAN FIZIK DI KOLEJ MATRIKULASI: SATU ANALISIS KEPERLUAN
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keperluan bagi membangunkan Modul Pembelajaran STEM berintegrasikan BYOD (MP-SIB) dalam topik Elektromagnet untuk pelajar fizik kolej matrikulasi. Satu kajian analisis keperluan melalui kaedah soal selidik dan temu bual dijalankan terhadap pelajar dan pensyarah bagi subjek
Fizik di Kolej Matrikulasi Zon Utara. Analisis keperluan ini digunakan untuk menentukan apakah keperluan dalam menetapkan reka bentuk dan membangunkan modul pembelajaran dalam topik Elektromagnet. Analisis data bagi data kuantitatif adalah menggunakan statistik diskriptif untuk termasuk analisis kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Daripada hasil analisis keperluan, dapat dikenal pasti bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Fizik perlu disokong dengan modul pembelajaran dan topik yang dicadangkan untuk kajian ini adalah Elektromagnet. Melalui soal selidik tentang masalah yang dihadapi pelajar, item ‘Tanpa sebarang alat bantu mengajar ataupun modul yang menarik, sukar untuk memahami konsep fizik yang hendak disampaikan’ mempunyai min yang paling tinggi iaitu
4.88 dengan SP= 0.494. Manakala, bagi soal selidik pembangunan modul, item ‘Bahan bantu mengajar dengan pendekatan STEM perlu diterapkan dalam kalangan pelajar’ mempunyai min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.45 dengan SP=1.014.









