PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN STEM BERINTEGRASIKAN BYOD (BRING YOUR OWN DEVICE) UNTUK PENDIDIKAN FIZIK DI KOLEJ MATRIKULASI: KAEDAH FUZZY DELPHI
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan Modul Pembelajaran STEM berintegrasikan BYOD dalam Topik Elektromagnet untuk pelajar Fizik Kolej Matrikulasi (MP-SIB). Kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan MP-SIB untuk pelajar Fizik Kolej Matrikulasi. Objektif kajian ialah untuk merekabentuk dan membangunkan MP-SIB dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) menggunakan Teknik Fuzzy Delphi (FDM). Kajian ini adalah Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Developement Research) DDR untuk membangunkan MP-SIB. Analisis data adalah dan Defuzzification Process iaitu proses untuk menentukan ranking bagi setiap konstruk dan item bagi membangunkan modul yang mengikut kesepakatan pakar. Pakar yang digunakan untuk menjawab soal selidik FDM ini adalah seramai 20 orang. Pakar-pakar ini telah dibahagikan kepada 4 bidang utama iaitu Pakar IT, Pakar Pedagogi, Pakar Kandungan (Fizik) dan juga Pakar STEM yang telah dipilih dari universiti awam, IPG dan Kolej Matrikulasi. Terdapat 8 konstruk utama yang mempunyai keseluruhan item sebanyak 56 item telah diberikan kepada pakar untuk dipilih. Daripada kesemua 56 item, sebanyak 8 item telah ditolak dengan nilai threshold, d ≤ 2 dengan peratus kesepakatan kumpulan pakar kurang dari 75%.









