KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN JAPANESE STICK DAN QUIZIZZ (JSQ) DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PENDARABAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
Abstract
Pendaraban merupakan salah satu topik yang agak mencabar dan sukar bagi murid dalam subjek Matematik. Pelbagai kaedah telah
diperkenalkan untuk membantu murid mengatasi masalah ini. Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan kaedah
Japanese Stick dan aplikasi Quizizz (JSQ) dalam topik pendaraban dalam kalangan murid Tahun 5. Metodologi kajian ini menggunakan
kajian tindakan yang mengaplikasikan model Kemmis & Mctaggart (1988). Peserta kajian ini merupakan 5 orang murid dari Sekolah A
di bandar Alor Setar, Kedah. Pendekatan ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk mendapatkan perbandingan prestasi peserta kajian sebelum dan selepas proses intervensi dijalankan. Pelbagai kaedah seperti ujian pra/ pasca, temubual murid dan refleksi penyelidik telah digunakan untuk mengumpul pandangan peserta kajian terhadap kaedah Japanese Stick dan Quizizz (JSQ) sebelum dan selepas kaedah ini diperkenalkan. Dapatan kajian menunjukkan kaedah Japanese Stick dan Quizizz (JSQ) ini berupaya meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam topik pendaraban bagi subjek Matematik. Hasil analisis data mendapati semua peserta kajian tindakan ini dapat menguasai topik pendaraban dengan baik selepas intervensi dijalankan.









