MODEL KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) BERTERASKAN KONSEP PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) DALAM PENDIDIKAN KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN 2030
Abstract
Transformasi pendidikan perlu dilaksanakan selaras dengan perkembangan sistem pendidikan yang pesat membangun dan sebagai
kesinambungan dalam melaksanakan SDG4 Kualiti Pendidikan ke arah pembangunan mampan agenda 2030. Sehubungan itu, kajian
ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM), tahap komuniti pembelajaran profesional
(KPP), mengkaji hubungan antara kedua pembolehubah tersebut serta melihat pengaruh amalan TQM terhadap KPP. Kajian berbentuk kuantitatif ini melibatkan 303 orang guru yang mengajar di Sekolah Menengah TS25 Zon Timur Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan TQM dan KPP adalah pada tahap yang tinggi dan kedua-duanya mempunyai nilai korelasi yang kuat dan signifikan. Analisis regresi menggunakan SEM-AMOS pula menunjukkan empat dimensi dalam TQM mempengaruhi amalan KPP di sekolah, iaitu dimensi komitmen pengurusan atasan, fokus pelanggan, latihan dan pendidikan, serta penglibatan semua staf. Hasil dari dapatan kajian kuantitatif dan kualitatif ini juga telah menghasilkan Model KPP Berkesan Berteraskan Konsep TQM dan juga Model Pendidikan Mapan 2030 yang boleh dijadikan panduan kepada pengamal pendidikan dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan bagi menjayakan agenda pendidikan negara serta wawasan kemakmuran bersama 2030.









