KAJIAN BASELINE SISTEM BINAAN BANGUNAN BERINDUSTRI (IBS): PERSPEKTIF PEMAJU PERUMAHAN NEGERI KEDAH DAN PERLIS
DOI:
https://doi.org/10.32890/jtom2012.7.2.5Abstract
Sektor pembinaan berasaskan industri atau ’Industrialised Building System’ merupakan salah satu daripada inovasi di dalam teknologi pembinaan bangunan. Sistem ini diyakini dapat membantu di dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kualiti dan produktiviti binaan serta permasalahan berkaitan dengan penggunaan tenaga buruh asing di dalam sektor pembinaan. Namun penerimaan oleh pihak yang terlibat terhadap sesuatu teknologi adalah merupakan suatu yang rumit terutamanya yang melibatkan teknologi baru. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi membincangkan sejauhmana kadar penggunaan ‘Industrialised Building System,’ faktor-faktor yang menyebabkan halangan terhadap penggunaan teknologi ini serta kelebihan dan kekurangannya. Tujuan kajian ini juga adalah untuk mendapatkan persepsi pemaju perumahan di negeri Kedah dan Perlis berkenaan dengan IBS yang merangkumi pengetahuan organisasi pemaju mengenai IBS, sumber rujukan, potensi penggunaan pada masa hadapan serta halangan-halangan yang dihadapi. Di akhir kajian turut mencadangkan beberapa alternatif kearah pertingkatkan tahap penggunaan IBS khasnya di sektor pembinaan di negeri Kedah dan Perlis.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Disclaimer
The Journal of Technology and Operation Management (JTOM) has taken all reasonable measures to ensure that material contained in this website is the original work of the author(s). However, the Journal gives no warranty and accepts no responsibility for the accuracy or the completeness of the material; no reliance should be made by any user on the material. The user should check with the authors for confirmation. Articles published in the Journal of Technology and Operation Management (JTOM) do not represent the views held by the editors and members of the editorial board. Authors are responsible for all aspects of their articles except the editorial screen design.