PENGARUH BUDAYA ORGANISASI TERHADAP AMALAN 5S DAN PRESTASI OPERASI DENGAN MENGGUNAKAN PENGANALISAAN MODEL RASCH
DOI:
https://doi.org/10.32890/jtom2012.7.1.2Abstract
Globalisasi pasaran, produk dan perkhidmatan yang berdaya saing, krisis ekonomi yang tinggi adalah faktor yang paling kritikal yang mempengaruhi kejayaan syarikat-syarikat pembuatan di pasaran global. Oleh itu adalah kritikal kepada syarikat-syarikat pembuatan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran di mana alatan lean boleh digunakan untuk mencapai tujuan itu. Alatan lean yang paling kerap digunakan ialah konsep 5S. Walaupun terdapat banyak kajian telah dijalankan berhubung dengan 5S tetapi penyelidikan terhadap kesan amalan 5S terhadap prestasi operasi adalah terhad. Hasil kajian yang diperlolehi adalah tidak konsisten, di mana amalan 5S mungkin mempunyai kesan positif dan negatif terhadap prestasi operasi. Antara sebabnya ialah budaya organisasi yang mempengaruhi pelaksanaan prestasi 5S dan operasi. Disebabkan itulah kajian ini cuba untuk menyiasat pengaruh budaya organisasi terhadap pelaksanaan 5S dan prestasi operasi. Model rasch digunakan dalam kajian ini kerana keupayaannya dalam mentafsir dan menganalisis keupayaan responden dalam melaksanakan perkara-perkara yang sukar. Soal selidik dalam talian telah diedarkan kepada 63 buah syarikat automotif yang dipilih secara rawak yang terletak di Wilayah Utara Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa budaya organisasi telah mempengaruhi kejayaan pelaksanaan prestasi 5S dan operasi. Olehitu, pelaksanaan atau amalan 5S merupakan satu teknik atau alat yang boleh meningkatkan prestasi operasi.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Disclaimer
The Journal of Technology and Operation Management (JTOM) has taken all reasonable measures to ensure that material contained in this website is the original work of the author(s). However, the Journal gives no warranty and accepts no responsibility for the accuracy or the completeness of the material; no reliance should be made by any user on the material. The user should check with the authors for confirmation. Articles published in the Journal of Technology and Operation Management (JTOM) do not represent the views held by the editors and members of the editorial board. Authors are responsible for all aspects of their articles except the editorial screen design.