Graduates’ Perception of the Value of Ethics Courses in University: A Case Study of UUM Alumni

Pengarang

  • MAHMOOD N. MOHAMED
  • SABITHA MARICAN

DOI:

https://doi.org/10.32890/jps.12.2009.10975

Abstrak

Etika sering didefinisikan sebagai ilmu moral atau disiplin moral. Pengajian etika boleh menyediakan peraturan umum yang digunakan untuk mendefinisikan masalah serta menggunakan prinsip asasnya ke arah penyelesaian masalah berkaitan etika dan isu-isu moral. Dalam budaya Malaysia, etika didefinisikan sebagai pengetahuan dan pembelajaran yang diperolehi untuk tujuan kehidupan yang baik. Ia adalah konsep berkaitan dengan apa yang sepatutnya seseorang patut tahu atau buat. Selain pemerolehan pengetahuan, pendidikan universiti yang baik seharusnya juga berkaitan dengan pembinaan perilaku individu. Dalam konteks ini pengajian etika boleh menyediakan asas yang kukuh ke arah memperkembang dan memperbaiki perilaku individu. Kajian ini adalah berkaitan dengan pengalaman UUM dalam pengajaran kursus etika kepada pelajar sarjana muda. Tumpuan utama kajian ialah persepsi alumni UUM ke atas kursus-kursus etika yang telah diambil semasa mereka menjadi mahasiswa di UUM, serta persepsi mereka mengenai tahap kepentingan kursus tersebut kepada kedudukan dan pekerjaan mereka sekarang. Analisis dibuat berasaskan beberapa pembolehubah, seperti gender, etnik, pencapaian akademik, pekerjaan semasa serta gaji yang diperolehi. Hasil menunjukkan terdapat perkaitan di antara persepsi alumni mengenai kepentingan kursus etika ini berasaskan gender, etnik, lokasi geografi serta pencapaian akademik.

 

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Muat turun

Diterbitkan

09090909-September09-0909

Cara Memetik

Graduates’ Perception of the Value of Ethics Courses in University: A Case Study of UUM Alumni. (2009). Jurnal Pembangunan Sosial, 12, 7-31. https://doi.org/10.32890/jps.12.2009.10975

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama