Dinamika Pembangunan Melayu: Dari Kepimpinan Umno

Pengarang

  • Jamaie Haji Hamil

Abstrak

Idea tentang pembangunan Melayu adalah sebuah sejarah kebudayaan Melayu yang panjang dan telah diperkatakan sejak Munshi Abdullah, Syed Sheikh Al-Hadi, Za’ba dan Ungku Aziz lagi. Apa yang mereka maksudkan pembangunan Melayu ialah usaha mempertingkatkan kesedaran dalam kehidupan bagi komuniti masyarakat Melayu tentang pentingnya menerima modenisasi untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Justeru itu, idea ‘ Melayu Baru’ yang dicanangkan oleh Mahathir bukanlah satu gagasan baru tetapi membawa maksud yang sama iaitu orang Melayu perlu memiliki budaya kerja yang tekun, rajin, berdisiplin, terbuka dan berdaya saing. Manakala pembangunan Melayu menurut tulisan ini ialah bagaimana etnik Melayu dapat menerima perubahan, pembaharuan, reformasi untuk menolak anggapan bahawa Melayu sering dikaitkan dengan kemunduran. Persoalan pembangunan Melayu dikupas dengan melihat beberapa usaha penting yang pernah dilakukan oleh kepimpinan UMNO sejak era Dato’ Onn Jaafar hingga Abdullah Ahmad Badawi.
 
 

Fail Tambahan

Diterbitkan

20202020-Januari01-0202

Cara Memetik

Dinamika Pembangunan Melayu: Dari Kepimpinan Umno. (2020). Journal of International Studies, 1, 133-151. https://www.educationmalaysia.co.uk/index.php/jis/article/view/7846