Proses Penyaluran Maklumat dalam Skop Tadbir Urus Dasar Pengurusan Alam Sekitar Bandar

Pengarang

  • Hamidi Ismail
  • Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
  • Mat Khalid Md Noh

Abstrak

Proses penyaluran maklumat daripada pihak kerajaan kepada masyarakat dalam skop tadbir urus dasar pengurusan alam sekitar bandar amat penting kerana ia mempengaruhi kesedaran seseorang anggota masyarakat dalam menjaga kualiti alam sekitar bandar. Penyaluran maklumat yang baik perlu melalui saluran tertentu agar masyarakat mampu mengurus alam sekitar sebagaimana keperluan dalam dasar berkaitan dengan pengurusan alam sekitar. Dalam proses penyaluran maklumat, terdapat dua perkara asas iaitu maklumat dan komunikasi secara berkesan. Kedua-dua perkara tersebut perlu diurus dan dilakukan dengan sistematik agar maklumat yang diterima oleh masyarakat menjadi jelas dan boleh diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dengan gangguan dalam proses penyaluran maklumat perlu dihindari kerana boleh mengurangkan kualiti maklumat yang diterima oleh masyarakat atau mengurangkan keberkesanan tahap komunikasi antara pemberi dan penerima maklumat. Makalah ini berpandangan bahawa penyaluran maklumat yang baik memberikan implikasi besar kepada kejayaan dasar atau tadbir urus alam sekitar bandar.

Fail Tambahan

Diterbitkan

12121212-Disember12-3131

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Proses Penyaluran Maklumat dalam Skop Tadbir Urus Dasar Pengurusan Alam Sekitar Bandar. (2012). Journal of Governance and Development (JGD), 8, 38-43. https://www.educationmalaysia.co.uk/index.php/jgd/article/view/14301