Peranan Wanita dalam Pembangunan Keluarga dari Perspektif Fi Zilal Al- Quran

Pengarang

  • Asyraf Hj Ab Rahman
  • Wan Ibrahim Wan Ahmad
  • Zainab Ismail

Abstrak

Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembentukan dan pembangunan keluarga dan masyarakat Islam. Realiti ini dapat dilihat sejak zaman kebangkitan awal Islam lagi. Peranan yang besar telah dimainkan oleh isteri-isteri Rasulullah (SAW) dan para sahabat dalam menyokong aktiviti dakwah Islamiah telah membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan awal Islam di Madinah. Makalah ini mengupas kedudukan dan peranan wanita dalam konteks masyarakat Islam semasa dengan merujuk kepada perbincangan yang diutarakan oleh Sayyid Qutb (1906-1966) dalam Fi Zilal al-Quran. Kedudukan wanita generasi awal Islam dan sumbangan mereka, cabaran yang dihadapi, serta bentuk sokongan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan keluarga dan masyarakat seperti yang dibahaskan melalui Fi Zilal al-Quran turut dibincangkan.

Fail Tambahan

Diterbitkan

10101010-Disember12-3131

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Peranan Wanita dalam Pembangunan Keluarga dari Perspektif Fi Zilal Al- Quran. (2010). Journal of Governance and Development (JGD), 6, 14-21. https://www.educationmalaysia.co.uk/index.php/jgd/article/view/14041

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama