Impak Pelaburan dan Perbelanjaan Kerajaan terhadap Pertumbuhan Ekonomi: Kajian Kes Negeri Sabah dan Sarawak

Pengarang

  • Fauzi Hussin
  • Ku’Adzam Tuan Lonik

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan hubungan jangka panjang bagi pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan domestik (DI), serta perbelanjaan kerajaan terhadap pertumbuhan ekonomi bagi negeri Sabah dan Sarawak. Prosedur ko%integrasi ujian sempadan atau autoregrasi lat tertabur (ARDL) digunakan untuk menentukan kewujudan hubungan jangka panjang antara pembolehubah kajian. Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan jangka panjang yang sah antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Anggaran koefisien jangka panjang menunjukkan hanya pembolehubah perbelanjaan pembangunan kerajaan sahaja mempunyai hubungan positif dan signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi. Sebaliknya, FDI dan DI pula menunjukkan hubungan positif tetapi tak signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi negeri Sabah dan Sarawak.

Fail Tambahan

Diterbitkan

09090909-Disember12-3131

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Impak Pelaburan dan Perbelanjaan Kerajaan terhadap Pertumbuhan Ekonomi: Kajian Kes Negeri Sabah dan Sarawak. (2009). Journal of Governance and Development (JGD), 5, 63-74. https://www.educationmalaysia.co.uk/index.php/jgd/article/view/14033