Kepuasan Komunikasi dan Hubungannya dengan Komitmen Kerja dalam Kalangan Pekerja Sektor Awam

Pengarang

  • Najib Ahmad Marzuki
  • Umi Zunianti Nurbaya Omar@Aziz

Abstrak

Kepuasan komunikasi dan komitmen kerja merupakan elemen yang penting dalam konteks pekerja di sesebuah organisasi. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti hubungan di antara kepuasan komunikasi (tujuh dimensi) dengan komitmen kerja serta perbezaan komitmen kerja berdasarkan faktor umur, jantina dan status perkahwinan di sebuah organisasi awam. Seramai 169 responden dari sebuah organisasi awam dipilih melalui persampelan rawak mudah. Kepuasan komunikasi diukur melalui The Communication Satisfaction Questionnaire (CSQ) oleh Down dan Hazen (1977) manakala komitmen kerja diukur melalui Organizational Commitment Scale oleh Allen dan Meyer (1996). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan dalam empat dimensi kepuasan komunikasi (perspektif korporat, kualiti maklumat, kesepaduan organisasi dan komunikasi horizontal) dengan komitmen kerja. Dimensi kepuasan komunikasi terhadap pihak atasan, kepuasan terhadap komunikasi subordinat dan kepuasan terhadap komunikasi maklum balas tidak berhubungan secara signifikan dengan komitmen kerja. Komitmen kerja pula berbeza mengikut kategori umur dan status perkahwinan tetapi tidak berbeza mengikut jantina.

Fail Tambahan

Diterbitkan

09090909-Disember12-3131

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Kepuasan Komunikasi dan Hubungannya dengan Komitmen Kerja dalam Kalangan Pekerja Sektor Awam. (2009). Journal of Governance and Development (JGD), 5, 48-62. https://www.educationmalaysia.co.uk/index.php/jgd/article/view/14032