Impak Perbelanjaan Rancangan Malaysia Lima Tahun ke atas Sektor Pertanian dan Kemiskinan: Analisa Empat Dekad

Authors

  • Ahmad Zubir Ibrahim
  • Samihah Khalil @ Halim

Abstract

Rancangan Malaysia Lima Tahun merupakan pemangkin utama dalam pembangunan masyarakat dan pembasmian kemiskinan luar bandar. Artikel ini menganalisa perbelanjaan rancangan-rancangan Malaysia lima tahun ke atas sektor pertanian dan mengenal pasti sumbangan sektor pertanian terhadap kadar kemiskinan. Alokasi perbelanjaan sektor pertanian adalah besar kerana ia melibatkan perbelanjaan modal seperti penyediaan prasarana pertanian, sumbangan subsidi, pembangunan agensi-agensi pertanian dan pembangunan teknologi pertanian. Kajian mendapati terdapat empat kelompok program perbelanjaan utama iaitu program pembangunan tanah baru, pembangunan dan permodenan sektor pertanian, khidmat sokongan pertanian dan memperkasakan sektor pertanian menjadi pilihan kerajaan untuk mempertingkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Walaupun pembangunan tanah baru membantu masyarakat luar bandar memperolehi tanah dan sumber pendapatan yang mana perbelanjaan kerajaan adalah yang paling ketara, namun pemodenan sektor pertanian adalah penyumbang utama kepada peningkatan taraf hidup golongan ini. Kesan daripada perlaksanaan program ini telah menunjukkan impak yang besar dalam mengurangkan taraf kemiskinan hidup mereka.

Additional Files

Published

31-12-2009

Issue

Section

Articles

How to Cite

Impak Perbelanjaan Rancangan Malaysia Lima Tahun ke atas Sektor Pertanian dan Kemiskinan: Analisa Empat Dekad. (2009). Journal of Governance and Development (JGD), 5, 75-93. https://www.educationmalaysia.co.uk/index.php/jgd/article/view/14034

Most read articles by the same author(s)