Kewajaran Mahkamah bagi Kanak-kanak di Malaysia

Authors

  • Yusramizza Md Isa @ Yusuff
  • Anis Shuhaiza Md Salleh

Abstract

Mahkamah merupakan institusi utama yang menunjangi sistem kehakiman negara bagi membicarakan dan memutuskan keputusan atas sebarang kes jenayah dan sivil. Terdapat pelbagai jenis mahkamah yang telah diwujudkan mengikut jenis-jenis kes yang dihadapkan termasuklah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Mahkamah Bagi Kanak-Kanak ’menggalas’ tanggungjawab bagi membicarakan dan memutuskan keputusan bagi kes-kes melibatkan kanak-kanak. Mahkamah ini dilihat sebagai medium mampan bagi mempertahankan hak-hak kanak-kanak yang telah diiktiraf menurut undang-undang dan sebagai wadah berkesan bagi memulihkan pesalah kanak-kanak yang tersasar daripada norma-norma terpuji kehidupan. Artikel ini digarap bagi membincangkan tentang institusi Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di Malaysia pada masa kini dan kewajaran penubuhannya. Di samping itu, artikel ini akan menghematkan pengupasan perbincangan tentang beberapa aspek berkaitan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di Malaysia termasuklah aspek bidangkuasa, komposisi, persidangan perbicaraan, prosiding mahkamah bagi kes jenayah melibatkan kanak-kanak dan sekatan hukuman. Di akhir artikel ini, penulis menegaskan agar kelangsungan dan kemampanan Mahkamah Bagi kanak-Kanak dipertahankan sepanjang zaman.

Additional Files

Published

31-12-2007

Issue

Section

Articles

How to Cite

Kewajaran Mahkamah bagi Kanak-kanak di Malaysia. (2007). Journal of Governance and Development (JGD), 3, 61-67. https://www.educationmalaysia.co.uk/index.php/jgd/article/view/13535

Most read articles by the same author(s)