Raja Berperlembagaan: Prinsip dan Amalannya di Malaysia

Authors

  • Abdul Aziz Bari

Abstract

Umum kelihatannya beranggapan bahawa konsep raja berperlembagaan Malaysia berinspirasikan demokrasi Westminster. Ini kurang tepat kerana apa yang dianggap sebagai raja berkuasa mutlak dalam ertikata yang sebenar sebenarnya tidak wujud dan semua raja - termasuk Raja-Raja Melayu sebelum pentadbiran British - pada hakikatnya tertakluk kepada nilai dan batasan tertentu. Dalam konteks perlembagaan sekarang pun raja berperlembagaan kita tidak sepenuhnya menyalin apa yang ada di United Kingdom. Walaupun terdapat ciri-ciri yang bersifat sejagat tetapi terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan konsep raja berperlembagaan di Malaysia tersendiri dan mengekal keunikannya.

Additional Files

Published

31-12-2006

Issue

Section

Articles

How to Cite

Raja Berperlembagaan: Prinsip dan Amalannya di Malaysia. (2006). Journal of Governance and Development (JGD), 2, 20-31. https://www.educationmalaysia.co.uk/index.php/jgd/article/view/13528