Saiz Sektor Awam di Malaysia semenjak Dasar Ekonomi Baru

Authors

  • Siti Alida John Abdullah
  • Halimah @ Nasibah Ahmad
  • Halimah @ Nasibah Ahmad

Abstract

Semenjak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971, kerajaan Malaysia telah menjadi peserta yang aktif dalam ekonomi negara ini. Artikel ini akan membincangkan peningkatan saiz sektor awam di Malaysia semenjak tahun 1970 sehingga 2000 dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Angkubah-angkubah yang digunakan ialah perbelanjaan, hasil dan guna tenaga sektor awam. Melalui angkubah perbelanjaan, perbandingan saiz sektor awam antara Malaysia dan beberapa negara maju dan ASEAN dapat dilakukan. Dari sini, masyarakat dapat menilai sama ada saiz sektor awam di Malaysia terlalu kecil atau terlalu besar dan menentukan saiz yang optimum dengan mengambil kira perbagai ciri dan kehendak masyarakat pada masa kini. Adalah didapati bahawa walaupun kerajaan menggalakkan liberalisasi aktiviti-aktiviti ekonomi, pendekatan Keynesian masih diterima dan dilaksanakan di negara ini.

Additional Files

Published

31-12-2005

Issue

Section

Articles

How to Cite

Saiz Sektor Awam di Malaysia semenjak Dasar Ekonomi Baru. (2005). Journal of Governance and Development (JGD), 1, 40-50. https://www.educationmalaysia.co.uk/index.php/jgd/article/view/13427

Most read articles by the same author(s)