KESEDIAAN GOLONGAN MISKIN TEGAR MEREBUT TREND BAHARU DI MALAYSIA MENERUSI EKONOMI GIG : SATU TINJAUAN DI CHERAS, KUALA LUMPUR
DOI:
https://doi.org/10.32890/jes2025.7.1.1Abstract
Kemajuan dalam teknologi maklumat khususnya dengan wujudnya Internet telah merubah kehidupan manusia. Selain digunakan untuk pelbagai manfaat, Internet juga didapati turut memberikan pengaruh terhadap sektor perniagaan. Kini, perniagaan secara atas talian telah mewujudkan potensi besar untuk diteroka. Justeru, disinilah ekonomi gig memainkan peranannya, dengan memanfaatkan teknologi digital. Kajian ini memfokuskan tiga objektif iaitu pertama, bagi meneliti dan mendapatkan maklumbalas kumpulan rentan yang terdiri dari kumpulan miskin bandar terhadap sikap dan penerimaan terhadap ekonomi gig, ke dua, untuk memahami isu, halangan serta cabaran dihadapi oleh kumpulan ini dalam menyertai ekonomi gig dan yang terakhir adalah bagi mendapatkan cadangan dari mereka terhadap rencana Kerajaan untuk memajukan ekonomi gig. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan analisis kandungan dan temubual kumpulan berfokus telah dilaksanakan. Dapatan kajian mendapati secara umumnya informan menunjukkan sikap dan penerimaan positif terhadap usaha kerajaan Malaysia untuk memajukan ekonomi gig di Malaysia. Pun begitu, terdapat beberapa isu telah diketengahkan antaranya adalah akses terhadap internet khusus di kawasan pedalaman, kemahiran perniagaan secara online, persaingan serta kos. Beberapa cadangan telah dikemukakan antaranya gesaan kepada Kerajaan untuk mempromosikan ekonomi gig secara meluas dan bersasar serta menyediakan insentif khusus kepada kumpulan rentan. Kajian ini sekaligus menyokong usaha kerjaaan Malaysia untuk melaksanakan satu dasar yang lebih menyeluruh dalam aspek kawal selia ekonomi gig. Diharapkan dengan kerangka dasar ini akan membantu memacu ekonomi rakyat, sekali gus membantu Kerajaan membasmi kemiskinan di kalangan rakyat dengan memaksimakan manfaat dari tekonologi digital dan ekonomi gig.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Journal of Economics and Sustainability

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.



