KESAHAHAN KOMPONEN KESEJAHTERAAN DIGITAL BELIA DI MALAYSIA: KAJIAN RINTIS

Validity of Digital Wellbeing Components among Malaysian Youth: A Pilot Study

Authors

  • Abdul Rahman Abdul Manaf

DOI:

https://doi.org/10.32890/jcisc2024.3.10

Abstract

Perkembangan teknologi dan pecutan proses transformasi digital telah mempercepat adaptasi digital menerusi pembudayaannya dalam kehidupan. Namun, situasi ini berpotensi memberikan manfaat dan juga kemudaratan sehingga menjejaskan kesejahteraan digital pengguna terutamanya dalam kalangan belia. Kertas kerja ini menjelaskan pendekatan kajian rintis bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan bagi konstruk kesejahteraan digital. Proses ini diperlukan bagi sesuatu kajian sebelum instrumen tersebut digunakan dalam kajian yang lebih intensif. Pendekatan kesahan kandungan oleh pakar bidang dan ujian rintis digunakan untuk menentukan kebolehgunaan dan kebolehpercayaan soalan kaji selidik. Proses pengumpulan data menerusi pendekatan persampelan rawak mudah digunakan menerusi pengedaran borang soal selidik dalam talian melibatkan 148 responden dalam kalangan pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Nilai Alpha Cronbach (α) bagi keseluruhan konstruk antara α=0.881 hingga α=0.941 menunjukkan konstruk mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Selain itu, ulasan keseluruhan prosedur ujian rintis dan metodologi yang digunakan memberikan sumbangan kepada badan pengetahuan ‘body of knowledge’. Tambahan lagi, cadangan rangka kerja juga dibentangkan untuk menyediakan model rangka kerja yang lebih komprehensif menerusi pendekatan mengintergrasikan rangka kerja kesejahteraan digital. Justeru, disimpulkan bahawa soal selidik ini adalah memadai dan boleh diterima untuk kajian lanjutan dalam skala yang lebih besar. Malahan, instrumen ini juga boleh diuji dalam persekitaran kajian yang lain sebagai usaha mengembangkan bidang kajian kesejahteraan digital.  

Downloads

Published

31-10-2024

How to Cite

KESAHAHAN KOMPONEN KESEJAHTERAAN DIGITAL BELIA DI MALAYSIA: KAJIAN RINTIS: Validity of Digital Wellbeing Components among Malaysian Youth: A Pilot Study. (2024). Journal of Creative Industry and Sustainable Culture, 3, 151-168. https://doi.org/10.32890/jcisc2024.3.10