Analisis Dialek Kelantan dan Simbol Budaya Masyarakat Dalam Telefilem Ikan Singgang Cicah Budu

ANALYSIS F KELANTAN DIALECT AND COMMUNITY CULTURE SYMBOL IN THE TELEFILM IKAN SINGGANG CICAH BUDU

Authors

  • Aselawati Che Ab Adziz

DOI:

https://doi.org/10.32890/jcisc2024.3.8

Abstract

Dialek merupakan Bahasa daerah atau setempat yang digunakan di seluruh negara. Setiap negeri mempunya dialek yang tersendiri. Walaupun Masyarakat di Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik dan terdiri daripada satu rumpun, namun adakala dielek yang digunakan tidak mampu difahami oleh semua golongan Masyarakat di negara ini. Justeru, makalah ini meneliti simbologi budaya terhadap bunyi nasal dialek Kelantan menerusi telefilem “Ikan Singgang Cicah Budu”. Ia memfokuskan penelitian terhadap perubahan bunyi nasal dalam dialek Kelantan dalam perubahan bunyi nasal [n] kepada [ƞ]. Kemudian ia juga turut meneliti perubahan pada bunyi nasal [n], [m], [ƞ] kepada bunyi vokal e taling [ě]. Sementara itu, ia juga melihat  perbandingan sebutan perkataan yang mengandungi konsonan nasal dalam dialek Kelantan dengan sebutan perkataan dalam Bahasa Melayu moden. Justeru, pendekatan simbologi dan juga analisis tekstual terhadap telefilem “Ikan Singgang Cicah Budu” mengikut babak-babak yang terpilih. Ia dianalisis menerusi minit ke minit dalam setiap babak yang menggunakan dialek Kelantan yang menggunakan bunyi nasal tersebut. Dapatan menunjukkan terdapat 7 perubahan bunyi nasal [ n ] kepada [ ƞ ], dan 32 perubahan bunyi nasal [n], [m], [ƞ]  kepada bunyi vokal e taling [ě]. Perubahan yang berlaku ini menunjukkan perbezaan kosa kata dalam dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Moden. Hal ini menunjukkan bahawa kosa kata asal Bahasa Melayu Moden yang diubah oleh masyarakat Kelantan hanya boleh difahami dalam kalangan mereka. Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa dialek Kelantan ini memainkan peranan penting dalam variasi Bahasa Melayu. Malah, ia menunjukkan kepelbagaian bahasa yang diukur menggunakan dialek iaitu isoglos dan menunjukkan keunikan Bahasa Melayu di Malaysia.

 

Downloads

Published

31-10-2024

How to Cite

Analisis Dialek Kelantan dan Simbol Budaya Masyarakat Dalam Telefilem Ikan Singgang Cicah Budu: ANALYSIS F KELANTAN DIALECT AND COMMUNITY CULTURE SYMBOL IN THE TELEFILM IKAN SINGGANG CICAH BUDU. (2024). Journal of Creative Industry and Sustainable Culture, 3, 114-135. https://doi.org/10.32890/jcisc2024.3.8