Hubungan Pembangunan Industri Pelancongan dan Pertumbuhan Ekonomi di Beberapa Negara Utama ASEAN

Pengarang

  • Redzuan Othman
  • Norlida Hanim Mohd Salleh

Abstrak

Makalah ini bertujuan mengkaji corak hubungan antara pembangunan ekonomi dengan pertumbuhan industri pelancong di beberapa negara utama ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia. Khususnya kajian cuba menguji hipotesis sama ada perkembangan industri pelancongan sebagai perangsang kepada pertumbuhan ekonomi (tourism-led economic growth - (TLG) atau pertumbuhan ekonomi sebagai perangsang kepada perkembangan industri pelancongan (economic growth-led tourism – GLT). Bagi tujuan tersebut, analisis ekonometrik yang menggunakan kaedah ujian kointegrasi dan penyebab Granger digunakan. Hasil kajian mendapati wujud hubungan satu hala antara perkembangan industry pelancongan dengan pertumbuhan ekonomi. Bagi negara Thailand dan Indonesia didapati pertumbuhan ekonomi sebagai penyebab kepada perkembangan industry pelancongan (GLT), sementara bagi Malaysia dan Singapura pula perkembangan industri pelancongan adalah penyebab kepada pertumbuhan ekonomi (TLG). Makalah ini mengaplikasikan teori dan realiti iaitu, penggunaan pendekatan penyebab Granger dalam menganalisis realiti industri pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

 

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Fail Tambahan

Diterbitkan

10101010-Jun06-3030

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama