Program Pemasaran dan Perhubungan Awam Institusi Pemuziuman: Pengajaran dari Los Angeles County Museum of Arts

Pengarang

  • Azilah Kasim

Abstrak

Artikel ini mengimbau isu menurunnya daya tarikan sektor pemuziuman dalam industri pelancongan negara dan mengupas beberapa isu pemasaran yang boleh dijadikan panduan dalam usaha menangani pemasalahan ini. Beberapa faktor penurunan kadar kedatangan pengunjung ke muzium, galeri dan arkib di Malaysia diulas termasuklah persaingan, kurangnya kadar kesedaran masyarakat tentang tarikan yang ada di muzium, kurangnya penglibatan masyarakat dalam acara-acara berkaitan dengan pemuziuman, kurangnya inisia tif untuk mengkaji demografi , gaya hidup,citarasa dan kehendak semasa masyarakat. Ini diikuti dengan cadangan-cadangan ke arah pemasaran terancang dan berkesan melalui penerapan budaya pemasaran di empat peringkat. Beberapa contoh terutamanya dari Los Angeles County Museum of Arts (LACMA) telah diketengahkan bagi mengilustrasi bagaimana sektor pemuziuman negara boleh memperbaiki usaha mengekalkan daya tarikan sektor pemuziuman agar setanding dengan daya tarifan pelancongan lain di negara ini.

 

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Fail Tambahan

Diterbitkan

06060606-Disember12-0606