Pelaporan Kewangan Menerusi Internet: Tinjauan Kajian Lepas

Pengarang

  • Mohd Noor Azli Ali Khan
  • Noor Azizi Ismail

Abstrak

Makalah ini mengulas sorotan literatur berkaitan penyelidikan pelaporan kewangan menerusi Internet (PKMI). Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan terma, dimensi dan penklasifi kasian berkaitan PKMI tidak konsisten dalam kalangan penyelidik. Perbezaan ini menyumbang kepada perbezaan dapatan kajian dan seterusnya gagal menerangkan dengan jelas faktor penentu yang mempengaruhi PKMI. Penelitian terhadap kajian PKMI turut mendapati sedikit sahaja kajian yang memberi fokus kepada pembinaan indeks pelaporan bagi menerangkan tahap PKMI. Pengajaran yang dapat dicungkil daripada perbincangan dan ulasan tersebut ialah perlunya satu kajian yang lebih komprehensif bagi membincangkan isu berkaitan PKMI.
 
Kata kunci: Terma, dimensi, faktor penentu dan pelaporan kewangan menerusi Internet.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Diterbitkan

11111111-Disember12-2929

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama