Analisis Faktor Peringkat Kedua Terhadap Prinsip-Prinsip Pengurusan Kualiti

Authors

  • Lim Kong Teong
  • Tang Swee Mei

Abstract

Kajian empirikal ini menggunakan analisis faktor peringkat kedua, untuk menguji sama ada set prinsip-prinsip pengurusan kualiti yang disintesiskan daripada falsafah guru kualiti serta kerangka anugerah kualiti dan system pengurusan kualiti, secara bersama dapat membentuk satu faktor peringkat lebih tinggi yang boleh dinamakan “TQMâ€. Atur cara komputer LISREL 8 (Jöreskog & Sörbom, 1993) telah digunakan untuk menganggar dan menilai kebagusuaian model faktor peringkat kedua yang dikemukakan dengan menggunakan data tinjauan yang diperoleh daripada jabatan pendidikan yang dipilih secara rawak daripada sepuluh buah universiti awam tempatan di Malaysia. Keputusan analisis menunjukkan kesesuaian yang boleh diterima antara model kajian dengan data, dan menyokong kewujudan perhubungan peringkat kedua di antara prinsip-prinsip pengurusan kualiti.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Additional Files

Published

26-06-2008

Most read articles by the same author(s)