Cetak Rompak Produk Optik di Malaysia: Antara Tuntutan Sivil dan Sabitan Jenayah

Authors

  • Ahmad Shamsul Abd Aziz

Abstract

Cetak rompak hasil karya filem, muzik dan perisian komputer di Malaysia bukanlah suatu masalah yang baru, malah ia menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Penghasilan teknologi yang canggih memungkinkan aktiviti cetak rompak ini lebih berleluasa terutamanya yang dirakam dalam bentuk digital menerusi cakera optik. Undang-undang telah digubal bagi mengawal aktiviti cetak rompak. Peruntukan undang-undang di dalam dua akta utama berkaitan masalah ini turut dibincangkan iaitu Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cakera Optik 2000 terutama berhubung tuntutan sivil oleh hak cipta serta sabitan jenayah terhadap masalah cetak rompak.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Additional Files

Published

28-09-2006