Perbandingan Penggunaan Algoritma Krzyzak dengan Algoritma Rambatan Balik Piawai dalam Domain Peramalan

Authors

  • Razana Alwee
  • Roselina Sallehuddin
  • Siti Mariyam Hj. Shamsuddin

Abstract

Artikel ini bertujuan mengkaji prestasi rangkaian neural menggunakan algoritma Krzyzak  dengan algoritma rambatan balik piawai dalam domain peramalan. Kajian dilakukan terhadap data siri masa tak bermusimiaitu pengeluaran hasil kayu balak negara. Ukuran prestasi adalah berdasarkan dua perkara iaitu ketepatan ramalan yang dihasilkan dengan menggunakan ralat purata kuasadua (RMS) dan masa pembelajaran, iaitu masa yang diambil oleh setiap model untuk menumpu. Hasil kajian menunjukkan dengan pemilihan pemalar pembelajaran yang kecil, algoritma Krzyzak adalah lebih baik berbanding algoritma rambatan balik piawai bagi peramalan jangka sederhana dan jangka panjang.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Additional Files

Published

25-02-2004

Most read articles by the same author(s)