Kecenderungan Keusahawanan: Satu Kajian Empirikal di Kalangan Tenaga AkademikPoliteknik-Politeknik Malaysia

Authors

  • Mohd. Noor Mohd. Shariff
  • Ooi Yeng Keat
  • Mohd. Zin Mamat

Abstract

Kajian lalu telah membuktikan bahawa terdapat potensi untuk mewujudkan golongan usahawan di kalangan tenaga akademik setelah mereka meletakjawatan, bersara wajib atau pilihan daripada perkhidmatan kerajaan. Artikelini bertujuan untuk mengkaji kecenderungan keusahawanan di kalangankakitangan akademik di Jabatan Perdagangan Politeknik-PoliteknikKementerian Pendidikan Malaysia. Kajian mengenai kecenderungankeusahawanan daripada perspektif personaliti atau sifat dan pendekatandemografi, kurang berkesan untuk mengukur kecenderungan keusahawanan.Kajian ini menggunakan pendekatan sikap dalam menentukan kecenderungankeusahawanan di kalangan kakitangan akademik. sampel kajian terdiridaripada kakitangan akademik Jabatan Perdagangan di Politeknik-Politeknikdi Malaysia. Analisis korelasi digunakan bagi menguji hipotesis-hipotesis.Hasil kajian mendapati terdapat dua faktor iaitu ‘role model’ dan tahappendidikan responden mempengaruhi kecenderungan keusahawanan dikalangan kakitangan akademik. Beberapa cadangan dikemukakan untukmembantu pihak-pihak berkenaan bagi meningkatkan lagi kesedaran danmemupuk semangat kecenderungan keusahawanan di kalangan kakitanganakademik Jabatan Perdagangan di Politeknik-Politeknik Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Additional Files

Published

30-12-2004