Rancangan Pembangunan Malaysia: Isu Tukar-Ganti (Trade-Off ) Antara Pertumbuhan Dengan Kelestarian

Authors

  • Chamhuri Siwar
  • Nasyrah Ahmad Damanhuri
  • Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz

Abstract

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyasarkan Malaysia mencapai pertumbuhan enam sehingga tujuh peratus sepanjang tempoh rancangan. Pertumbuhan yang tinggi ini akan menjadi aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, persoalan timbul apabila, pertumbuhan negara dikaitkan dengan konsep pembangunan lestari yang berlandaskan pembangunan ekonomi yang menitikberatkan kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar. Adakah negara perlu mengejar pertumbuhan yang diukur menerusi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)? Bagaimana negara menangani isu berkaitan pembangunan lestari yang mengambil kira perkiraan terhadap alam sekitar? Dalam Model Ekonomi Baru (MEB) telah menjelaskan tiga komponen utama yang diberi penekanan; inclusiveness, negara berpendapatan tinggi dan kelestarian. Kajian ini akan menyingkap hubung kait ketiga-tiga komponen ini, menganalisis dan menjawab persoalan apakah tukar-ganti antara ketiganya yang merangkumi isu pengagihan pendapatan, kemiskinan, ketidakseimbangan pendapatan menerusi pekali gini dan isu berkaitan pembangunan lestari
 
Kata kunci: Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), indikator pembangunan lestari.

Downloads

Download data is not yet available.

Additional Files

Published

23-06-2011

Most read articles by the same author(s)