Potensi Eksport Firma Usahawan Bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Sektor Pembuatan

Pengarang

  • Noorasiah Sulaiman
  • Mohd Nasir Mohd Saukani

Abstrak

Keupayaan mengeksport adalah indikator kepada penglibatan firma dalam menyertai era globalisasi. Peratus keluaran yang berjaya di eksport oleh sesebuah firma menjadi penentu kepada tahap penglibatan firma dalam merebut peluang globalisasi. Walau bagaimanapun eksport bukan mudah dilakukan, khususnya dalam kalangan firma Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang kurang mampu untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Artikel ini bertujuan menyelidik sejauh mana firma PKS sektor pembuatan Bumiputera mempunyai perancangan untuk mengeksport. Seterusnya regresi logistik bertujuan menganalisis hubungan pemboleh ubah bersandar eksport dengan ciri-ciri yang menyumbang kepada penglibatan eksport. Hasil kajian regresi logistik menunjukkan pemboleh ubah penerang bagi usia firma, pengalaman, jumlah pekerja dan nilai pengeluaran firma penting terhadap kecenderungan pengusaha untuk mengeksport. Jenis industri pula mendapati kategori bagi keluaran logam asas, logam direka, besi dan keluli mencatatkan kebarangkalian terhadap eksport lebih tinggi berbanding industri lain.

 

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Fail Tambahan

Diterbitkan

08080808-Disember12-1818

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama