Pandangan Golongan Dewasa Di Daerah-Daerah Terpilih Di Negeri Kedah Terhadap Hak Kebebasan Bersuara

Pengarang

  • Rusdi Omar
  • Mohd Azizuddin Mohd Sani
  • Teoh Ai Hua

Abstrak

Pada tanggal 20 Ogos 2001, pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah mengeluarkan laporan rasminya mengenai perhimpunan 100,000 rakyat yang dianjurkan oleh pihak pembangkang iaitu Barisan Alternatif (BA) di Lebuh Raya Kesas dan Jalan Kebun pada 5 November 2000.Hasil laporan tersebut merumuskan bahawa pihak polis bertanggungjawabterhadap beberapa pencabulan hak asasi manusia ketika perhimpunan tersebut.Pada 21 Ogos 2001, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamadtelah mengkritik Suhakam dan menganggap laporan tersebut berat sebelahdan dipengaruhi pemikiran Barat serta bukan untuk kepentingan negara. Hakkebebasan bersuara khususnya melalui perhimpunan dianggap sebagaipengaruh daripada budaya Barat dan tidak sesuai diamalkan di Malaysia.Artikel ini bertujuan mengkaji kebebasan bersuara di Malaysia, khususnyadalam fokus masyarakat negeri Kedah dari sudut undang-undang, budayapolitik, media, kerajaan, dan masyarakat sivil. Kajian ini dilakukan secara soal selidik ke atas tiga komponen penting iaitu pekerja sektor awam, swasta, dan ahli kesatuan kerja yang terdapat di Kedah. Kajian ini juga tertumpu di empat kawasan utama Kedah iaitu Alor Star, Kubang Pasu, Sungai Petani, dan Pendang. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penduduk negeri Kedah mahukan amalan hak kebebasan bersuara tidak disekat melalui kawalan kerajaan dan undang-undang. Mereka ingin hak ini diperluaskanpenggunaannya bagi kebaikan umum. Namun mereka tidak menerima amalanhak kebebasan bersuara secara mutlak. Pembatasan perlu ada tetapi tidakterlalu ketat sepertimana masa kini. Yang pasti kecenderungan ini berlakuapabila rakyat mula berubah dan sedar akan kepentingan amalan hak kebebasanbersuara dan pendemokrasian yang bermakna di Malaysia.

 

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Fail Tambahan

Diterbitkan

05050505-Jun06-2929

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama