PELAKSANAAN INOVASI DALAM PROGRAM HOMESTAY: KE ARAH DESTINASI MESRA MUSLIM

Pengarang

  • Suhaida Herni Suffarruddin
  • Nur Aqilah Hazirah Mohd Anim
  • Najwa Mohd Najib

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijib2024.9.2.1

Abstrak

Destinasi pelancongan mesra Muslim bukan sahaja menjadi lokasi tarikan bagi pelancong beragama Islam, malah turut popular dalam kalangan pelancongan lain yang berminat untuk menerokai keunikan Islam. Keterujaan pelancong memilih destinasi sebegini membuka peluang kepada pengusaha pelancongan di Malaysia melaksanakan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan temasuk program homestay yang terkenal dengan pelancongan budaya. Inisiatif menuju ke arah Homestay Mesra Muslim dilihat berpotensi menyumbang kepada penjanaan pendapatan industri pelancongan di Malaysia. Namun, persekitaran yang mencabar menyebabkan pengusaha perlu lebih berinovasi agar kekal berdaya saing di peringkat global. Menariknya, analisis tinjauan literatur turut mendedahkan bahawa inovasi adalah penting dalam pembangunan program homestay. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menerokai pelaksanaan inovasi dalam program homestay yang secara langsung menyumbang kepada konsep homestay mesra Muslim. Temu bual mendalam telah dijalankan dengan penyelaras bagi lapan buah program homestay di Semenanjung Malaysia bagi mendalami aspek inovasi. Hasil kajian mendedahkan bahawa inovasi yang dilaksanakan merangkumi empat elemen iaitu privasi dan keselamatan, kemudahan dan persekitaran, serta kebersihan dan keselesaan. Penemuan ini amat bermanfaat kepada pemain industri sebagai penanda aras dalam merancang strategi pembangunan program homestay. Selain itu, konsep homestay mesra Muslim ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan budaya di Malaysia. Ini dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan inovasi adalah penting dan bermanfaat bukan sahaja terhadap pengusaha homestay malah kepada pelancong daripada Malaysia dan seluruh dunia.

Muat turun

Diterbitkan

24242424-Disember12-3131

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

PELAKSANAAN INOVASI DALAM PROGRAM HOMESTAY: KE ARAH DESTINASI MESRA MUSLIM. (2024). International Journal of Islamic Business, 9(2), 1-10. https://doi.org/10.32890/ijib2024.9.2.1