PENGURUSAN PEMBIAYAAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA ISLAM DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

Pengarang

  • Mohd Shahril Ahmad Razimi
  • Ahmad Khilmy Abdul Rahim
  • Mohd Murshidi Mohd Noor

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijib2017.2.1.1

Abstrak

Perkhidmatan pembiayaan perdagangan antarabangsa mula diperkenalkan dalam sistem perbankan Islam di Malaysia pada awal 1990an apabila terdapat keperluan terhadap instrumen-instrumen Islam dalam bentuk perdagangan terutamanya di peringkat antarabangsa. Kebanyakan instrumen-instrumen pembiayaan perdagangan adalah berasaskan instrumen konvensional seperti surat jaminan bank (BG), surat kredit(LC), bil penerimaan(AB), jaminan perkapalan(SG), pembiayaan semula kredit eksport (ECR dan lain-lain. Untuk membolehkannya diterima oleh perbankan Islam, maka beberapa pengubahsuaian dilakukan supaya selaras dengan kehendak syariah seperti mengaplikasikan kontrak-kontrak muamalat Islam dalam produk-produk tersebut . Kontrak-kontrak muamalat yang banyak digunakan dalam produk-produk pembiayaan perdagangan antarabangsa Islam ialah murabahah, bai’ al-dayn, kafalah dan wakalah. Kertas kerja ini menganalisis pengurusan pembiayaan perdagangan antarabangsa secara Islam yang dilaksanakan oleh bank-bank Islam di Malaysia dari aspek kontrak-kontrak muamalat yang digunakan dan produk-produk yang ditawarkan.

Fail Tambahan

Diterbitkan

17171717-Jun06-3030

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

PENGURUSAN PEMBIAYAAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA ISLAM DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA. (2017). International Journal of Islamic Business, 2(1), 1-14. https://doi.org/10.32890/ijib2017.2.1.1

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama