MODEL DANA TAMBAHAN BAGI PENAWARAN TAKAFUL MIKRO KEPADA WARGA EMAS

Pengarang

  • Asiah Kamal
  • Ahmad Azam Sulaiman@Mohamad
  • Mohammad Taqiuddin Mohamad

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijib2020.5.2.4

Abstrak

Pada tahun 2030, Malaysia di jangka mencapai status negara tua apabila penduduk yang berumur 60 tahun dan ke atas meningkat seramai 5.6 juta orang iaitu 15% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Berdasarkan statistik ini, kajian dijalankan untuk mengkaji penawaran takaful mikro kepada warga emas yang perlu ditawarkan menggunakan dana tambahan. Oleh itu, artikel ini merangka model-model dana tambahan bagi penawaran takaful mikro kepada warga emas. Metodologi kajian secara kualitatif digunakan untuk mencapai tujuan kajian yang melibatkan temu bual dengan pengawal selia syarikat takaful, tiga syarikat takaful yang menawarkan produk takaful mikro di bawah inisiatif “Perlindungan Tenang†dan penilai model yang melibatkan wakil industri serta dua orang ahli akademik yang terlibat sebagai penasihat syariah bagi menilai model penggunaan dana yang digunakan. Hasil dapatan kajian telah membentuk model penawaran takaful mikro menggunakan model wakaf dan endowmen, model CSR wakaf, model zakat dan kombinasi dana daripada pelbagai sumber sebagai dana tambahan dalam penawaran takaful mikro kepada warga emas.

Fail Tambahan

Diterbitkan

20202020-Disember12-3131

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

MODEL DANA TAMBAHAN BAGI PENAWARAN TAKAFUL MIKRO KEPADA WARGA EMAS. (2020). International Journal of Islamic Business, 5(2), 48-71. https://doi.org/10.32890/ijib2020.5.2.4

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama