ANALISIS NILAI MORAL MENERUSI TEKS TELADAN TIGA BENUA

(An Analysis Of Moral Values the Text Teladan Tiga Benua)

Authors

  • Ahmad Ridhwan Che Husin
  • Mohd Firdaus Che Yaacob
  • Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan
  • Shamsul Hazliyatul Akma Mohmad

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2025.3.12

Abstract

Cerita rakyat merupakan satu bentuk kisah tauladan yang mampu membentuk keperibadian masyarakat setempat. Kekayaan nilai dalam cerita rakyat membuatkan ianya mampu dikekalkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Namun, cerita rakyat pada masa kini kurang disampaikan terutama kepada anak-anak muda. Hal ini kerana anak-anak muda lebih terdedah dengan perkembangan sains dan teknologi seperti permainan komputer, permainan video dan mesin kawalan jauh. Oleh itu, cerita rakyat dianggap kurang releven untuk disampaikan kepada anak-anak muda. Maka, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti dan menganalisis nilai moral menerusi teks Teladan Tiga Benua. Kajian ini mengambil beberapa cerita rakyat yang ditemui dalam teks Teladan Tiga Benua. Antara cerita rakyat yang dikenal pasti ialah Lagu Ajaib, Legenda Batu Naga dan Syeikh Butana yang Cerdik. Oleh sebab itu, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks bagi memperoleh data yang sahih. Kajian ini turut menggunakan teori Takmilah menerusis prinsip kerasulan bersifat Kamil sebagai pengukuhan data. Hasilnya, kajian ini menemukan cerita rakyat mampu mendidik nilai moral ke atas kanak-kanak dengan menerapkan sifat-sifat mulia sebagai seorang khalifah.

 

ABSTRACT

Folklore is a form of exemplary story that can shape the personality of the local community. The richness of values ​​in folklore makes it possible to maintain it from one generation to another. However, folklore is currently less conveyed, especially to young people. This is because young people are more exposed to the development of science and technology such as computer games, video games and remote control machines. Therefore, folklore is considered less relevant to convey to young people. Therefore, this study was carried out to identify and analyze moral values ​​through the text Teladan Tiga Benua. This study took several folklore found in the text Teladan Tiga Benua. Among the folklore identified are Lagu Ajaib, Legenda Batu Naga and Syeikh Butana yang Cerdik. Therefore, this study uses the method of literature and text analysis to obtain valid data. This study also uses the theory of Takmilah through the principle of apostolicity that is Kamil as a data reinforcement. As a result, this study found that folklore is able to educate moral values ​​in children by instilling noble qualities as a caliph.

 

 

Author Biographies

  • Mohd Firdaus Che Yaacob

    Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan

  • Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan

    Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan

Downloads

Published

31-07-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

ANALISIS NILAI MORAL MENERUSI TEKS TELADAN TIGA BENUA: (An Analysis Of Moral Values the Text Teladan Tiga Benua) . (2025). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 3, 195-209. https://doi.org/10.32890/ahjmm2025.3.12