MERIAM–MERIAM DI KUALA KEDAH: FAKTA ATAU LAGENDA
(Cannons In Kuala Kedah: Fact Or Legend)
DOI:
https://doi.org/10.32890/ahjmm2025.3.10Abstract
Kuala Kedah menyimpan sejarah yang signifikan dengan keberadaan dua meriam ikonik, Katak Puru dan Badak Berendam, yang sering dikaitkan sebagai hasil buatan orang Melayu. Selain kedua-dua meriam ini, terdapat beberapa meriam lain yang ditempatkan di kota tersebut dan kini berada di bawah seliaan Jabatan Muzium Negara. Namun, walaupun isu ini telah disentuh dalam beberapa buku dan tulisan, maklumat mengenai asal usul dan teknik pembuatan meriam-meriam ini masih kekal kabur dan memerlukan kajian mendalam. Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana kebenaran dakwaan bahawa meriam-meriam di Kuala Kedah adalah hasil karya orang Melayu. Penilaian ini berdasarkan bukti sejarah seperti manuskrip lama, surat-menyurat rasmi, serta laporan kerajaan pada masa itu. Kajian ini juga berusaha untuk memahami kemampuan masyarakat Melayu terdahulu dalam bidang teknologi pembuatan senjata dan kepercayaan terhadap elemen mistik yang sering dikaitkan dengan senjata tersebut. Pendekatan ini bukan bertujuan merendahkan kehebatan pandai besi Melayu atau peranan unsur mistik dalam budaya mereka, tetapi lebih kepada menjelaskan bahawa penciptaan senjata seperti meriam memerlukan teknologi dan kemahiran logam yang sangat khusus. Dengan analisis yang lebih terperinci, kajian ini diharapkan dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas dan objektif mengenai keupayaan teknologi tempatan pada masa lalu, sekaligus mengangkat warisan sejarah masyarakat Melayu ke tahap yang lebih tinggi.
ABSTRACT
Kuala Kedah holds significant historical value through the presence of two iconic cannons, Katak Puru and Badak Berendam, which are often associated with being products of Malay craftsmanship. In addition to these two, several other cannons once stationed at the fortress are now under the care of the Department of Museums Malaysia. However, despite mentions in various books and writings, information regarding the origins and manufacturing techniques of these cannons remains obscure and calls for in-depth scholarly investigation. This study aims to assess the validity of claims that the cannons in Kuala Kedah were indeed crafted by the Malays. The evaluation is based on historical evidence such as old manuscripts, official correspondences, and government reports from the period. Furthermore, this study seeks to explore the technological capabilities of the early Malay community in weapon manufacturing, as well as the mystical beliefs often associated with such weaponry. This approach does not intend to diminish the skills of Malay blacksmiths or the cultural role of mysticism, but rather to emphasize that the production of cannons requires highly specialized metallurgical knowledge and technology. Through detailed analysis, this research hopes to offer a clearer and more objective understanding of past local technological capabilities, thereby elevating the historical heritage of the Malay society to a more prominent level.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Mohd Herman Roslan

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.










