INSTITUSI MUZIUM NEGERI TERENGGANU SEBAGAI SUMBER PEMBELAJARAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH: SATU SUDUT PANDANG KURATOR

(The Terengganu State Museum Institution as a Source of Primary School History Education: A Curator's Perspective)

Authors

  • Muhammad Aiman Hakim Lokman Hakim
  • Nurhijrah Binti Zakaria

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2025.3.6

Abstract

Institusi muzium merupakan sebuah institusi yang berautoriti dalam menyimpan segala macam khazanah berharga yang memiliki nilai sejarahnya tersendiri. Muzium memainkan peranan terpenting dalam membawa masyarakat sosial lebih memahami dan menghayati sejarah negara bangsanya melalui aspek penglihatan, pendengaran, pengalamian, pengalaman dan sentuhan. Namun, peranan muzium sering disalahtafsirkan sebagai tempat penyimpanan artifak silam semata sedangkan peranan muzium meliputi pelbagai bidang displin ilmu yang boleh diterokai.  Objektif kajian ini adalah meneliti peranan Muzium Negeri Terengganu sebagai sumber pembelajaran sejarah dalam konteks pendidikan sejarah sekolah rendah dan menganalisis perkaitan Muzium Negeri Terengganu dengan sukatan kurikulum sejarah sekolah rendah. Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes bagi mendapatkan maklumat secara mendalam. Pengkaji telah memilih Muzium Negeri Terengganu sebagai sampel kes yang ingin dikaji dan seramai dua orang kurator muzium dipilih sebagai pensampelan bertujuan (purposive). Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian tidak turut serta dan menganalisis buku laporan program muzium. Hasil daripada dapatan data, pengkaji menggunakan analisis bertema secara induktif. Kajian ini berpotensi memberikan nafas baharu kepada guru dan murid dalam merancang strategi dan kaedah pembelajaran sejarah yang bersifat inovatif dengan menggunakan pendekatan pembelajaran di luar bilik darjah dan meneroka bahan bukti bersejarah. Kajian muzium wajar diperluas dan perlu diteroka dengan menganalisis kandungan muzium dengan kandungan kurikulum sejarah yang boleh dilakukan oleh pihak muzium, institusi pendidikan dan penggubal dasar dalam memperkasa peranan muzium di negara ini.

 

ABSTRACT

The museum institution is an authoritative entity in storing various valuable treasures that have their own historical significance. Museums play a crucial role in helping the social community better understand and appreciate the history of their nation through aspects of sight, hearing, experience, and touch. However, the role of museums is often misunderstood as merely a place for storing ancient artifacts, whereas the role of a museum encompasses various fields of knowledge that can be explored. The objective of this study is to examine the role of the Terengganu State Museum as a source of historical learning in the context of primary school history education and to analyse the correlation between the Terengganu State Museum and the primary school history curriculum. This study uses a qualitative research methodology with a case study design to obtain in-depth information. The researcher has selected the Terengganu State Museum as the case sample for the study, with two museum curators chosen as purposive samples. This study also employs the non-participant observation method and analyses museum program report books. Based on the data findings, the researcher uses thematic analysis inductively. This study has the potential to provide a fresh perspective for teachers and students in planning innovative strategies and methods for teaching history by using out-of-classroom learning approaches and exploring historical evidence. The study of museums should be expanded and explored by analysing museum contents alongside the history curriculum, which can be done by museums, educational institutions, and policymakers to strengthen the role of museums in this country.

 

Author Biographies

  • Muhammad Aiman Hakim Lokman Hakim

    Jabatan Sains Sosial
    Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail
    21030, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman

  • Nurhijrah Binti Zakaria

    Jabatan Sains Sosial
    Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman

Downloads

Published

31-07-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

INSTITUSI MUZIUM NEGERI TERENGGANU SEBAGAI SUMBER PEMBELAJARAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH: SATU SUDUT PANDANG KURATOR: (The Terengganu State Museum Institution as a Source of Primary School History Education: A Curator’s Perspective). (2025). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 3, 71-88. https://doi.org/10.32890/ahjmm2025.3.6