PERANAN PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM MELAKSANAKAN KONSEP CULTURAL RESOURCE MANAGEMENT UNTUK PENGURUSAN WARISAN KETARA DI KOTA BANDA ACEH, ACEH, INDONESIA

(The Role Of Stakeholders In Implementing The Concept Of Cultural Resource Management For Tangible Heritage Management In Kota Banda Aceh, Aceh, Indonesia)

Authors

  • Marduati Mukhtar

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2024.2.3

Abstract

Warisan ketara merupakan kajian daripada arkeologi berupa monumen, kumpulan bangunan, dan tapak karya manusia serta gabungan kerja manusia dengan sumber semula jadi. Pelaksanaan pengurusan warisan ketara merupakan usaha yang dilakukan oleh individu atau kelompok. Dalam melaksanakan pengurusan warisan ketara harus tetap mempertahankan prinsip keaslian daripada bendanya. Walau bagaimanapun, pengurusan warisan ketara di Kota Banda Aceh mengalami polemik di kalangan pihak yang berkepentingan. Oleh itu, artikel ini adalah hasil kajian yang dijalankan untuk melakukan identifikasi terhadap pihak yang berkepentingan dalam pengurusan warisan ketara di Kota Banda Aceh. Data artikel diperoleh melalui temu bual dan kajian kepustakaan. Artikel ini dijumpai empat kelompok pihak berkepentingan. Pertama pemerintah melalui lembaga terkait. Lembaga tersebut memiliki perkhidmatan pengurusan warisan ketara dan terlibat dalam pengurusannya namun ada perbezaan pandangan pada pelaksanaannya. Kedua, organisasi masyarakat iaitu kelompok masyarakat yang membina lembaga dan tidak berada di bawah pemerintah. Organisasi tersebut turut melakukan pengurusan dengan alasan ingin menyelamatkan warisan ketara dari kerosakan. Ketiga, kelompok akademik yang hanya melakukan kajian dan penyelidikan terkait dengan keilmuan dan juga turut memberikan cadangan kepada pihak yang berkepentingan agar selari dengan konsep pelestarian. Keempat adalah masyarakat tempatan dan juga ahli waris daripada objek warisan ketara. Keempat kelompok tersebut terlibat dalam pengurusan warisan ketara di Kota Banda Aceh. Akhir sekali bahawa kajian ini mendapati adanya perbezaan pandangan dan cara melakukan pengurusan warisan ketara pada masing-masing kelompok. Pengurusan yang dilakukan masih hanya terhad pada perlindungan dan pemanfaatan sahaja belum kepada tahap pengembangan yang menghasilkan ekonomi bagi masyarakat ramai.

ABSTRACT

Tangible heritage is the study of archeology in the form of monuments, groups of buildings, and sites of human works and the combination of human works with natural resources. The implementation of tangible cultural resource management is an effort carried out by individuals or groups. In carrying out the concept of managing significant heritage, one must maintain the principle of authenticity of the object. However, the management of significant heritage at Kota Banda Aceh has experienced polemics among interested parties. Therefore, this study was carried out to identify parties interested in managing significant heritage at Kota Banda Aceh. Article data was obtained through interviews and literature review. In this study, four groups of interested parties. First, the government through related institutions. These institutions have significant heritage management services and are involved in its management but there are different views on its implementation. Second, community organizations are community groups that develop institutions and are not under the government. The organization took part in the management because it wanted to save significant heritage from damage. Third, academic groups that only carry out studies and investigations related to science and also provide recommendations to interested parties so that they are in line with the concept of conservation. Fourth are local people and also the heirs of significant heritage objects. These four groups are involved in the management of significant heritage at Banda Aceh City. Finally, this study found that there were significant differences in views and ways of managing heritage in each group. The management carried out is still limited to protection and utilization, not yet at the development stage which produces economic benefits for the general public.

 

Downloads

Published

12-09-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

PERANAN PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM MELAKSANAKAN KONSEP CULTURAL RESOURCE MANAGEMENT UNTUK PENGURUSAN WARISAN KETARA DI KOTA BANDA ACEH, ACEH, INDONESIA: (The Role Of Stakeholders In Implementing The Concept Of Cultural Resource Management For Tangible Heritage Management In Kota Banda Aceh, Aceh, Indonesia). (2024). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 2, 22-40. https://doi.org/10.32890/ahjmm2024.2.3