Panduan Tetamu

PERHATIAN :

  1. Keutamaan menginap di Education Malaysia diberikan kepada PELAJAR Malaysia di United Kingdom & Ireland bagi tujuan TRANSIT sahaja.
     
  2. Pembayaran (kecuali wang deposit) yang telah dibuat TIDAK akan dipulangkan.
     
  3. Tetamu mesti menjaga kebersihan dan harta benda yang terdapat didalam bilik. 
     
  4. Tutup semua paip air selepas digunakan.
     
  5. Penggunaan alat elektrik adalah dibenarkan dengan menggunakan soket elektrik yang disediakan. Penyambungan atau pengubahsuaian daripada soket elektrik tidak dibenarkan sama sekali.
     
  6. Tetamu dilarang masuk ke bilik tetamu lain tanpa izin tetamu berkenaan. Sekiranya ingin berjumpa dengan tetamu dari bilik lain, pertemuan berkenaan boleh diadakan di ruang legar.
     
  7. Waktu pendaftaran masuk (check-in) ialah dari pukul 2:00 petang hingga 6:00 petang.
     
  8. Masa lapor keluar (check-out)ialah dari pukul 8:00 pagi hingga 11:00 pagi. Caj dikenakan jika keluar selepas waktu ditetapkan.
     
  9. Tetamu hendaklah memberitahu petugas di kaunter sekiranya ingin meninggalkan bilik.
     
  10. Pihak pentadbiran Education Malaysia mempunyai hak untuk mengeluarkan barang-barang tetamu jika beliau gagal mengosongkan bilik pada masa yang telah ditetapkan.
     
  11. Tetamu hendaklah mmemaklumkan petugas di kaunter sebelum 11:00 pagi jika ingin menyambung sewaan (tertakluk kepada keutamaan dan kekosongan bilik).
     
  12. Pihak pentadbiran tidak bertanggungjawab bagi sebarang kes kehilangan, kerosakan barang milik tetamu, kecederaan yang dialami dan sebagainya untuk tempoh penginapan di Education Malaysia.
     
  13. Kunci bilik hendaklah dintinggalkan di 'Key Drop' yang terletak di kaunter sebelum keluar. Denda £100.00 akan dikenakan jika kunci bilik didapati hilang.
     
  14. Tiada keluar masuk dibenarkan selepas pukul 10:00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan.
     
  15. Semua tetamu tanpa mengira latarbelakang hendaklah mematuhi segala peraturan Education Malaysia untuk tempoh penginapan.