Maklumat Sewaan Bilik

MAKLUMAT SEWAAN BILIK DI EDUCATION MALAYSIA UNITED KINGDOM & IRELAND
 

1. Sewaan hanya dibenarkan kepada rakyat Malaysia sahaja.

2. Perkhidmatan penginapan yang diberikan tidak setaraf dengan hotel-hotel lain. Penginapan di Education Malaysia adalah berasaskan konsep ASRAMA.

3. Keutamaan sewaan diberikan kepada PELAJAR Malaysia di United Kingdom & Ireland sahaja.

4. Penginapan adalah terhad kepada tujuan TRANSIT sahaja.

5. Tempahan penginapan yang dibuat terlalu awal tidak digalakkan. Tempahan hanya dapat dipertimbangkan sekiranya perkara di perenggan (3) dipenuhi.

6. Tempoh maksimum sewaan berturutan hanyalah DUA MALAM sahaja. Penginapan bagi malam berikutnya adalah berdasarkan kepada keutamaan (pelajar Malaysia) dan kekosongan bilik.**

7. Bilik kelamin tidak disediakan dan pihak pengurusan TIDAK menerima kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah.

8. Bilik-bilik Penginapan di tingkat 3 adalah terhad kepada pelajar perempuan manakala di tingkat 4 adalah untuk pelajar lelaki. Tetamu lelaki TIDAK DIBENARKAN berada di tingkat 3 dan juga sebaliknya.

9. Waktu pendaftaran masuk bermula jam 1400 sehingga 1800. Untuk pendaftaran masuk selepas jam 1800, pihak Dewan Malaysia hendaklah dimaklumi lebih awal.

10. Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada pihak pengurusan.

11. Kadar sewa bilik adalah seperti berikut:

a. Pelajar Ijazah Pertama (Undergraduate) : 

    £10.00 seorang TERMASUK VAT untuk bilik single bed
    £15.00 seorang TERMASUK VAT untuk bilik double  bed 

b. Pelajar Pascasiswazah (Postgraduate) 
    £20.00 seorang TERMASUK VAT untuk bilik single bed 
    £15.00 seorang TERMASUK VAT untuk bilik double bed 

c. BUKAN Pelajar
    £50.00 seorang TERMASUK VAT untuk bilik single bed 
    £40.00 seorang TERMASUK VAT untuk bilik double bed

d. Deposit Kunci sebanyak £20.00 seorang.

 

13. Untuk maklumat lanjut, pengurusan Education Malaysia boleh dihubungi menerusi talian telefon 020 7985 1262. (Sila dial +44 20 7985 1262 sekiranya panggilan dibuat daripada Malaysia).

14. Semua tetamu hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Education Malaysia (sila baca borang permohonan semasa mendaftar). Tiada keluar masuk asrama dibenarkan selepas jam 10:00 malam. 


** Bukan pelajar akan diberi kebenaran menginap hanya jika terdapat kekosongan.
(Jika tiada tempahan dari pelajar)